NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU
Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di 
lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau 
terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan 
kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul 
syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas 
bertanya, "Apa yang engkau bawa
itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan 
ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang 
dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya 
yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari 
terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal
 melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu 
dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi
 kendinya yang ditegah oleh agama itu.Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.
Allah Taala berfirman:, "Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Darah bercampur nanah orang ahli neraka !
Tidak ada komentar:
Posting Komentar