SEORANG ANAK MEMBANGKANG PERINTAH AYAHNYA
|
Undur Depan |
Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk
terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah
dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak
terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk
membela agama Allah dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada
anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di
rumah menjaga wanita dan anak-anak."
"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku
untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah
berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah
engkau di sini, wahai ayahku."
Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak
mentaati perintahku."
Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku
untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain
padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku
menentang Allah dan Rasulullah."
Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang
berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk
berangkat."
Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka
aku akan mendahulukanmu."
Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa
lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan
perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.
Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidak
mengizinkannya. Hanya saja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah
berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar.
Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu
dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku
bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus
menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah,
demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku
ingin berjumpa dengan Tuhanku."
Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa
dengan anaknya di syurga.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar