KISAH BERKAT DISEBALIK MEMBACA BISMILLAH
|
Undur Depan |
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik
dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap
kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.
Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap
Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya
memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti
akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang
banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu
dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat
yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu
mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang
rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya
dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka
dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar
malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada
suaminya kembali.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar