KAMAR-KAMAR DI SYURGA
|
Undur Depan |
Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-
kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat
menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah di lihat di
dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.
"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.
"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang
memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang
membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam
mimpinya."
"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah
menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya
sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang
membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isyak' dan Subuh secara
berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-
orang sedang tidur lelap." Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar