PAHALA MEMBANTU TETANGGA DAN ANAK YATIM
|
Undur Depan |
Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia
telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada
yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"
Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."
Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"
Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu
dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya
sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya
Muwaffaq."
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari
tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq
itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah
seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.
Jawab orang itu, "Muwaffaq."
Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau
lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"
Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku,
tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus dirham dari pekerjaanku membuat
dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula
hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin
makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan
sebenarku kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku
sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk
mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku
potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal
bagi kami dan haram untuk makanan kamu."
Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang
tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya
membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya
itu.
"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga yang dalam
kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasulullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila
kuamalkan akan masuk syurga."
Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa
aku telah berbuat baik?"
Tidak ada komentar:
Posting Komentar